Foto: JBPM Selangor

KUALA LUMPUR – Lima kedai makan musnah dalam kebakaran di Blok C, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gugusan Kesumbar, Jalan Pekaka 8/1, Kota Damansara, Petaling Jaya, dekat sini, petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 6.06 petang.

“Jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh digerakkan ke lokasi sebelum api berjaya dikawal pada pukul 6.24 petang,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Beliau berkata, kebakaran membabitkan lima kedai makan berkeluasan kira-kira 50×50 kaki persegi dengan anggaran kemusnahan 100 peratus.

“Kebakaran turut memusnahkan lima kenderaan iaitu sebuah Proton Saga (20 peratus), sebuah Proton Wira (60 peratus) serta tiga motosikal (50 peratus setiap satu). Tiada mangsa dilaporkan terbabit,” katanya.

Ahmad Mukhlis berkata, operasi pemadaman membabitkan 28 anggota dari BBP Damansara, BBP Petaling Jaya dan BBP Hartamas, serta penggunaan tiga jentera Fire Rescue Tender (FRT), tiga Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS), tiga Rapid Intervention Motorcycle (RIM) dan sebuah jentera tangki air. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast