Foto Facebook Siti Nurhaliza.

KUALA LUMPUR – Biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, 46, terus melakar sejarah apabila diiktiraf oleh agensi antarabangsa, SeaAsia Stats sebagai Legenda Muzik Asia Tenggara selepas meraih lebih 300 anugerah sepanjang lebih tiga dekad bergelar anak seni.

Pengiktirafan ini diberikan kerana Siti berjaya mengekalkan takhtanya sebagai artis Malaysia yang masih relevan dan laris sehingga kini serta pernah direkodkan dalam Malaysia Book of Records pada 2001.

Beliau juga pernah berada di tangga ke-27 daripada 100 penghibur terkemuka dunia yang menerima anugerah terbanyak.

Selain Siti, penyanyi Indonesia, Iwan Fals, turut disenaraikan sebagai ikon muzik protes yang menjadi suara rakyat sejak era 1980-an selain Regine Velasquez (Filipina), Stefanie Sun (Singapura) dan Bird Thongchai (Thailand).

Minggu lalu, beliau menerima Anugerah Sri Wirama pada Anugerah Industri Muzik ke-24 (AIM24) selepas lebih tiga dekad berada dalam industri seni negara.

Tahun lalu, wanita kelahiran Kuala Lipis, Pahang itu menerima Anugerah Khas Biduanita Negara sempena Anugerah Seni Negara 2024 (ASN 2024) anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast