Mohd Rashid Mohamad

 

KUALA LUMPUR – Kumpulan Perbankan RHB (RHB) menawarkan Program Bantuan Banjir untuk menyokong para pelanggan di Sabah yang terjejas akibat bencana alam itu baru-baru ini.
Bantuan jangka pendek itu tersedia mulai sekarang sehingga 31 Oktober 2025 kepada individu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS)
Menurutnya, pelanggan individu yang layak boleh memohon pilihan bantuan penangguhan bayaran ehingga enam bulan (Oktober 2025 – Mac 2026) untuk kemudahan pinjaman perumahan, pinjaman/Amanah Saham Bumiputera (ASB) /pembiayaan-i bertempoh, pinjaman peribadi/pembiayaan-i, serta kemudahan sewa beli/-i.
Selain itu, pengecualian Yyuran sehingga enam bulan (Oktober 2025 – Mac 2026) ke atas caj bayaran lewat dan faedah/fi pengurusan sebenar bagi kad kredit/-i yang terjejas, sehingga jumlah maksimum RM500.
Manakala yuran bagi penggantian kad ATM, kad debit/-i, dan kad kredit/-i juga akan dikecualikan.
Pelanggan PKS yang layak pula boleh memohon penangguhan bayaran sehingga enam bulan (Oktober 2025 – Mac 2026) bagi pelbagai kemudahan pembiayaan, termasuk sewa beli dan pinjaman/pembiayaan bertempoh; faedah/keuntungan terkumpul bagi Kkemudahan overdraf/-i; bil multi trade line/-i di bawah kemudahan perdagangan
Pengarah Urusan/ Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbankan RHB, Datuk Mohd Rashid Mohamad berkata: “Kami menzahirkan rasa simpati kepada rakyat Sabah yang teruk terjejas akibat banjir baru-baru ini.
“Melalui Program ini, kami berharap dapat membantu meringankan beban kewangan mereka agar mereka dapat memberi tumpuan kepada pemulihan serta membina semula kehidupan dan perniagaan mereka”.
Pelanggan individu boleh menghubungi Pusat Perhubungan Pelanggan RHB di talian 03-9206 8118 atau mengunjungi cawangan RHB terdekat untuk mendapatkan bantuan.
Sementara itu, pelanggan PKS boleh menghubungi pengurus hubungan masing-masing. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast