Foto: JBPM Pulau Pinang

BATU KAWAN – Seorang pekerja penyelenggaraan terkandas pada ketinggian 40 meter menara telekomunikasi sebuah syarikat di Taman Perindustrian Batu Kawan di sini, disebabkan ancaman tebuan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.10 tengah hari.

Insiden melibatkan warga Pakistan dikenali sebagai Muhammad Talha, 29, terkandas di platform empat menara itu.

“Lelaki tersebut tidak dapat turun kerana terdapat sarang tebuan berdiameter 25 sentimeter dengan tebuan sedang berkeliaran pada platform satu yang berketinggian 10 meter,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata bomba telah menaikkan dan memberi baju kalis serangga JBPM kepada mangsa melalui tali keselamatan yang telah dipasang pihak penyelenggara dan mangsa berjaya turun dengan selamat. – BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast