Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan menyeru mana-mana pesara tentera atau polis yang masih belum membuat pertukaran Lesen Memandu Pasukan kepada Lesen Memandu Malaysia (LLM) untuk berbuat demikian di mana-mana pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berdekatan.

Ini bagi mengelakkan sebarang isu berbangkit sekali gus dapat menikmati inisiatif BUDI95 yang diberi oleh kerajaan.

Katanya, hasil semakan JPJ kira-kira 0.88 peratus daripada hampir 17 juta penerima BUDI95 masih belum mengemaskini maklumat LLM dengan tidak membekalkan maklumat nombor kad pengenalan diri baharu.

Statitsik itu turut merangkumi pemegang LMM yang pada asalnya memohon lesen dengan menggunakan dokumen pengenalan diri seperti nombor kad pengenalan lama, nombor Sijil Kelahiran Malaysia (SKM) dan nombor pengenalan diri tentera dan polis.

Selain itu, pemegang LMM yang mana nombor kad pengenalannya terdapat kesilapan atau menimbulkan red-flag yang memerlukan semakan lanjut oleh pihak berkenaan untuk pergi ke kaunter JPJ berdekatan.

“MOT dan JPJ komited sepenuhnya untuk membantu semua warganegara Malaysia yang sah sepertimana di dalam kategori di atas untuk datang ke mana-mana pejabat atau kaunter JPJ bagi membuat permohonan pengemaskinian data LMM.

“Data yang dikemaskini akan dikemukakan kepada pihak Kementerian Kewangan. bagi tujuan pengesahan dengan pihak JPN.

“Sekiranya tiada sebarang isu berbangkit atau red-flag, maklumat individu tersebut akan terus dikemaskini dalam sistem BUDI95,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. -MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast