SEPANG – Selebriti Zizi Kirana bersama beberapa sukarelawan dalam misi kemanusiaan, Global Sumud Flotilla (GSF) yang menaiki Kapal Huga dilapor dipintas Angkatan Tentera Israel (IDF) sebaik berada di perairan Zon Merah R3 di Laut Mediterranean awal pagi tadi.
Hantaran media sosial Sumud Nusantara turut memuatnaik video Zizi yang memaklumkan sekiranya orang ramai menonton video itu ia bermakna delegasi Malaysia di atas kapal itu sudah ditahan secara tidak sah oleh rejim Israel di perairan antarabangsa.
Sementara itu, Zizi menerusi video yang sudah dirakamkan sejak awal sebagai langkah persediaan itu telah memperkenalkan dirinya sebagai warganegara Malaysia sambil memegang pasport.
“Saya segera merayu kepada Kerajaan Malaysia terutama Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menuntut pembebasan segera dan tanpa syarat,” kata Zizi dalam videoitu. – MalaysiaGazette
















