KUALA LUMPUR – Kementerian Digital bersama Kementerian Perpaduan Negara akan menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Deepavali Madani 2025 di Lot F, KL Sentral di sini pada 18 Oktober ini.
Acara bermula pukul 10. 30 pagi sehingga 2 petang, kata Menteri Digital, Gobind Singh.
Menurutnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka hadir pada majlis yang sama.
Gobind dalam kenyataannya menyasarkan kehadiran lebih 5, 000 pengunjung terdiri daripada warga kementerian, rakan industri, komuniti setempat serta seluruh masyarakat.
Majlis bertemakan ‘Cahaya Madani, Sinar Perpaduan’ yang membawa maksud cahaya bukan sahaja simbol utama perayaan Deepavali tetapi melambangkan pencerahan, harapan serta perpaduan rakyat Malaysia dalam kerangka Malaysia Madani, katanya. – MalaysiaGazette















