Vesel Nelayan Tempatan (VNT) kelas C ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor
Bot nelayan Myanmar ditahan ketika rondaan oleh APMM.

KLANG – Sebuah bot nelayan tempatan Kelas C ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor kerana disyaki melanggar syarat sah lesen, petang semalam.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kapten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, tangkapan dilakukan sekitar pukul 6.50 petang semasa pihaknya membuat rondaan rutin sekitar 15.5 batu nautika barat daya Sekinchan.

seorang tekong, bersama tiga awak-awak warga Myanmar
Empat individu yang ditahan.

 

Menurutnya,  terbabit dikendalikan oleh seorang tekong, bersama tiga awak-awak kesemua mereka adalah warga Myanmar yang berumur lingkungan 24 hingga 35 tahun.

Beliau menambah, empat individu ditahan kerana gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah serta tiada permit kerja atau kebenaran Ketua Pengarah Perikanan.

Siasatan awal mendapati bot mereka melanggar syarat lesen di bawah Akta Perikanan 1985, termasuk penggunaan mata pukat kurang 38mm.

Dalam tangkapan itu, kira-kira 300 kilogram ikan turut dirampas.

Empat individu terbabit bersama bot dan hasil rampasan telah diiring ke Jeti Pasukan Polis Marin, Pulau Indah untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63. Maritim Malaysia akan terus mempergiat rondaan bagi membanteras pelanggaran undang-undang di perairan negara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast