Logo L’Oreal

PARIS – Kering Group, kumpulan barangan mewah Perancis, yang memiliki jenama terkenal seperti Gucci, telah menjual bahagian produk kecantikannya termasuk jenama minyak wangi terkemuka Creed kepada gergasi kosmetik L’Oreal dalam urus niaga bernilai AS$4.6 bilion.

Dalam satu kenyataan bersama, kedua-dua pihak berkata, mereka akan memulakan perkongsian strategik jangka panjang dalam bidang kecantikan dan kesejahteraan mewah.

Di bawah perjanjian itu, L’Oreal akan memperoleh keseluruhan bahagian produk kecantikan milik Kering, termasuk jenama Creed, dengan bayaran dijangka selesai pada separuh pertama tahun 2026, tertakluk kepada kelulusan pengawalseliaan.

Ketua Pegawai Eksekutif L’Oreal, Nicolas Hieronimus berkata, urus niaga itu akan membolehkan syarikatnya “menjadi antara pemain utama dalam pasaran minyak wangi niche yang sedang pesat berkembang.”

Perkongsian itu juga termasuk hak lesen eksklusif selama 50 tahun untuk penciptaan, pembangunan dan pengedaran produk minyak wangi serta kecantikan jenama Gucci, selepas lesen semasa tamat. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast