Marshgate Lane di Stratford, London,

KUALA LUMPUR – Gamuda Land, cabang hartanah kepada Gamuda Berhad, membeli tapak tanah di 14 Marshgate Lane, Stratford, London bagi pembangunan kediaman pelajar binaan khas (PBSA) dengan nilai pembangunan kasar (GDV) dianggarkan kira-kira RM600 juta.

Projek ini menandakan PBSA pertama Gamuda Land UK yang dibangunkan dan diurus sendiri, sekali gus memperkukuh keupayaan syarikat dalam pasaran hartanah antarabangsa yang kompetitif.

Pembangunan 321 unit katil di Marshgate Lane itu dijadualkan siap menjelang sesi akademik 2028/2029 dan akan menampung pelajar dari UCL East serta London College of Fashion, yang secara kolektif mempunyai lebih 10,000 pelajar.

Tapak berkenaan turut terletak berhampiran Westfield Stratford, pusat beli-belah terbesar di London.

Dengan projek terbaharu ini, portfolio PBSA Gamuda Land di UK kini mencecah 1,232 unit katil merangkumi tiga projek – Press House di Woolwich (London), City Wharf di Glasgow (Scotland), dan Marshgate Lane di Stratford (London) dalam tempoh hanya 18 bulan.

“PBSA ialah kelas aset yang bersifat kontra-kitaran dan disokong oleh permintaan pelajar yang kukuh. United Kingdom mempunyai lebih 680,000 pelajar antarabangsa, namun kemudahan penginapan pelajar binaan khas masih kurang daripada 30% bekalan sedia ada,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Gamuda Land, Chu Wai Lune.

Portfolio pembangunan Gamuda Land di UK kini dianggarkan bernilai sekitar £1.5 bilion, diterajui oleh projek mercu tanda 75 London Wall bernilai £1.2 bilion hasil kerjasama dengan Castleforge.

Kontrak projek berkenaan dijangka ditandatangani dengan Multiplex pada suku tahun ini.

Chu menambah, pengembangan segmen PBSA itu melengkapi projek perumahan West Hampstead Central, sekali gus mewujudkan portfolio seimbang di UK yang merangkumi aset berpendapatan berulang, peningkatan modal dan pembangunan komersial bertaraf institusi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast