Seorang kanak-kanak perempuan maut selepas terjauh dalam lombong di Kampung Penchu, Kundang Ulu, Tangkak, semalam. Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Gambir, Pegawai Bomba Kanan II Johar Tumin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pukul 2.19 petang.















