Tangkap layar media sosial Syed Saddiq menyahut cabaran Prima Valet demi meraih RM 1 juta

KUALA LUMPUR –  Syed Saddiq tekad membotakkan kepalanya demi meraih sumbangan RM 1 juta dengan menamatkan acara sukan lasak terulung negara, Ironman Malaysia 2025 bawah 13 jam.

Ahli parlimen Muar itu berkata tindakkan membotakkan kepalanya supaya lebih aerodynamic yang mampu mengurangkan masa selama 3 saat di Ironman.

“Sumbangan RM1 juta yang dijanjikan untuk disalurkan kepada penduduk Muar sekiranya berjaya menamatkan cabaran itu” katanya

Menerusi satu video di media sosial, pengeluar fesyen tempatan, Prima Valet (PV) mencabar Syed Saddiq menamatkan cabaran tiga disiplin sukan lasak itu, berenang sejauh 3.8 kilometer (km), berbasikal 180km dan berlari 42.2km dalam masa ditetapkan.

“Bos PV nak cabar @syedsaddiq. Kalau berjaya habiskan Ironman Langkawi dalam 13 jam, bos akan sumbangkan RM1 juta untuk Muar. Ada berani???” menurut paparan cabaran tersebut di Instagram rasmi syarikat itu.

Menurutnya, demi RM1 juta untuk Muar, beliau sanggup menyahut cabaran yang diberi oleh PV

Untuk rekod, pada edisi tahun lalu, beliau menamatkan acara Ironman Malaysia dengan catatan 13 jam 13 minit, walaupun kehilangan kira-kira 30 minit selepas terlibat dalam kemalangan ketika berbasikal akibat dahan pokok tumbang.

Acara Ironman Malaysia dan Ironman 70.3 Langkawi 2025 dijadual berlangsung Sabtu ini di Pulau Langkawi, dengan penyertaan lebih 1,800 atlet dari 65 negara.

Perlumbaan tersebut menjadi antara acara triatlon paling mencabar di rantau ini dan sering menarik penyertaan atlet profesional serta selebriti sukan dari seluruh dunia.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast