Lapan warga asing dihalang masuk ke negara ini di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, Kedah semalam selepas disyaki tidak memenuhi syarat kemasukan yang sah.

BUKIT KAYU HITAM – Lapan warga asing dihalang masuk ke negara ini di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, Kedah semalam selepas disyaki tidak memenuhi syarat kemasukan yang sah.

Daripada jumlah itu, seorang wanita warga Thailand, dua lelaki warga China, tiga lelaki warga India serta sepasang suami isteri warga Sepanyol merupakan antara mereka yang ditolak masuk.

Menurut Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), tindakan itu diambil terhadap individu yang disyaki bukan pelancong tulen, tersenarai dalam senarai syak jabatan, gagal mematuhi syarat break of stay serta mengemukakan bukti tempahan tiket dan hotel palsu.

Penolakan masuk dibuat di bawah Seksyen 8(3) Akta Imigresen 1959/63, dan kesemua individu terbabit diarahkan berpatah balik ke negara asal melalui laluan masuk yang sama.

“Tindakan berkenaan dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan pekeliling jabatan yang berkuat kuasa, serta tiada elemen jenayah atau siasatan penguatkuasaan yang dikenalpasti,” katanya.

Jabatan itu menegaskan komitmennya untuk memastikan kawalan pintu masuk negara berada pada tahap terbaik dan tidak disalahgunakan bagi tujuan yang menyalahi undang-undang. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast