Facebook Ewon Benedick.

KUALA LUMPUR – Datuk Ewon Benedick mencetuskan spekulasi mengenai kedudukannya sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi apabila membayangkan akan meninggalkan kementerian itu.

Menerusi hantaran di Facebook miliknya, beliau merakamkan penghargaan kerjasama yang diberikan oleh semua warga serta agensi-agensi sepanjang tiga tahun memimpin Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).

“Mempengerusikan mesyuarat pasca-kabinet Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dan Majlis Tindakan Pembangunan Kementerian – KUSKOP.

“Saya hargai kerjasama yang diberikan oleh Ketua Setiausaha dan semua warga KUSKOP serta agensi-agensi KUSKOP sepanjang tiga tahun memimpin kementerian ini.

“Semoga semuanya diberkati dengan kesihatan dan kesejahteraan dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan negara kita,” tulis di media sosial miliknya semalam.

Bulan lalu, Ewon menyatakan kesediaannya untuk meletak jawatan dalam Kabinet sekiranya Jabatan Peguam Negara (AGC) memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengiktiraf hak perlembagaan Sabah berhubung 40 peratus hasil Persekutuan.

Beliau yang juga Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) berkata, keputusan itu selaras dengan resolusi yang diluluskan Konvensyen UPKO Bahagian Penampang pada Ahad, yang menuntut beliau berundur daripada Kabinet sekiranya AGC meneruskan rayuan tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast