MUKAH – Seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun di sini semalam ditahan polis hari ini kerana disyaki memiliki dadah jenis methamphetamine atau syabu.
Menurut Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Supritendan Muhamad Rizal Alias, tangkapan dilakukan sekitar 11.20 pagi semalam oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah berdasarkan maklumat awal.
“Suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine, dan mengaku mula menagih sejak Mei tahun ini,” katanya dalam kenyataan.
Suspek direman selama tiga hari sehingga 14 November di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi melengkapkan siasatan.
Suspek yang tidak bekerja direman selama tiga hari sehingga 14 November bagi melengkapkan siasatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. -MalaysiaGazette















