TAMBUNAN – Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir menekankan keperluan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang selaras dengan keperluan industri tempatan dan penyediaan kemudahan asrama bagi pelajar.

Menurut beliau, kursus seperti pelancongan, automotif dan agroteknologi yang ditawarkan di kolej komuniti bukan sahaja meningkatkan impak ekonomi tempatan malah memastikan pelajar memperoleh kemahiran yang bersesuaian dengan peluang pekerjaan dalam ekosistem industri di Sabah.

Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir ketika lawatan kerjanya di Kolej Komuniti Tambunan, Sabah

“Program yang ditawarkan di kolej komuniti perlu mempunyai nilai pasaran dan selaras dengan keperluan setempat. Ini penting bagi memastikan graduan TVET benar-benar bersedia menghadapi cabaran industri dan dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi komuniti,” katanya ketika lawatan kerjanya ke Kolej Komuniti Tambunan hari ini.

Dalam pada itu, Zambry menyeru agar dasar penyediaan asrama bagi kolej komuniti terutamanya di kawasan pedalaman seperti Sabah dan Sarawak dinilai semula.

Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir ketika lawatan kerjanya di Kolej Komuniti Tambunan, Sabah.

“Peningkatan minat pelajar menyertai program sijil dua tahun memerlukan kemudahan tempat tinggal yang lebih teratur, kerana kebanyakan pelajar kini terpaksa menyewa kediaman di sekitar kampus,” jelas beliau.

Zambry juga memuji pencapaian Kolej Komuniti Tambunan yang berjaya mencapai kadar kebolehpasaran graduan 100 peratus sekali gus menunjukkan keberkesanan kurikulum, latihan industri dan keyakinan majikan terhadap graduan TVET. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast