Wanita Orang Kurang Upaya (OKU) berusia 27 tahun yang dilaporkan hilang sejak 13 November 2025 di Simunjan, Sarawak.

KUALA LUMPUR – Seorang wanita kurang upaya (OKU) berusia 27 tahun yang dilaporkan hilang sejak 13 November 2025 di Simunjan, Sarawak.

Menurut Ketua Polis Daerah Simunjan, Deputi Supritendan Rafilian Kepli, mangsa, Needda Anak Siti, berbangsa Iban dilaporkan keluar tanpa dikesan dan sehingga kini belum ditemui.

“Mangsa kali terakhir dilihat memakai baju coklat lengan panjang dan seluar hitam paras lutut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rafilian juga memaklumkan kini usaha pencarian sedang diteruskan dan berharap orang ramai dapat membantu menyalurkan maklumat sekiranya ternampak atau mengetahui keberadaan wanita tersebut.

Mereka yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Mejar Abdullah Awang di talian 017-216 5919 atau terus ke mana-mana balai polis berdekatan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast