KUALA LUMPUR – Seorang individu ditemukan rentung selepas kenderaan hangus terbakar di Jalan Temenggung Oyong Lawai Jau, Miri, pagi tadi,
Jabatan Bomba dan Penyelamat Miri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan diterima pada pukul 3.39 pagi.
Setibanya di lokasi, mereka mendapati kereta terbakar keseluruhannya.
Setelah api dipadamkan sepenuhnya, seorang mangsa ditemukan rentung di bahagian tempat duduk hadapan.
Identiti dan jantina mangsa belum dapat dikenal pasti.
Kes diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut. – MalaysiaGazette















