KUALA LUMPUR – Pertumbuhan ekonomi negara tahun ini disemak semula kepada 5.1 peratus berbanding 5.3 peratus.
Ketua Ekonomi Maybank IB Research, Suhaimi Ilias berkata, unjuran itu mengambil kira pertumbuhan perlahan ekonomi dunia dan implikasi kepada polisi-polisi Kerajan Harapan.
Katanya, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) diramal perlahan pada tahun ini berbanding unjuran awal dan menjadi sederhana pada tahun depan.
“Unjuran pertumbuhan KDNK sebenar 2018 diturunkan kepada 5.1 peratus berbanding 5.3 peratus sebelum ini berikutan penyelarasan angka-angka pertumbuhan bagi komponen-komponen permintaan dan bekalan.
“Kami menjangkakan pertumbuhan sederhana kepada 4.9 peratus pada 2019, memandangkan tinjauan di atas pertumbuhan ekonomi global yang lebih perlahan mempengaruhi prestasi pertumbuhan perdagangan luar Malaysia.
“Selain itu, implikasi dasar baru Kerajaan Pakatan Harapan dan pendekatan dinamik pertumbuhan permintaan domestik dari segi perbelanjaan pengguna, perbelanjaan kerajaan dan pelaburan, “katanya. – MalaysiaGazette
















