Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan sekeras-kerasnya tuduhan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam sebuah video yang tular bahawa beliau mencuri wang parti dan menyimpannya di rumahnya.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu menyifatkan ia adalah tuduhan liar berbentuk sangkaan yang amat tidak berasas sama sekali.

“Saya tidak pernah mencuri wang parti. Semua sumbangan kepada parti dimasukkan ke dalam akaun parti yang diurus secara telus oleh Bendahari Agung,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhyiddin bagaimanapun tidak menolak dakwaan berkenaan dibuat berkemungkinan kerana Dr. Mahathir mendapat maklumat yang tidak benar daripada pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Oleh yang demikan, saya tidak berhasrat untuk mengheret beliau ke mahkamah,” tambahnya.

Bagaimanapun, kata Muhyiddin, sebagai seorang negarawan, Dr.Mahathir sepatutnya mendapatkan penjelasan daripadanya terlebih dahulu sebelum membuat sebarang tuduhan terhadap saya.

“Dalam banyak pertemuan saya dengannya, beliau tidak pernah membangkitkan perkara ini di hadapan saya.

“Maka adalah menjadi tanggungjawab saya untuk menjelaskan perkara ini supaya tidak menimbulkan fitnah ke atas diri saya,” jelas Muhyiddin yang tetap menghormati Dr. Mahathir sebagai orang tua.

Malah, katanya, beliau telah menyokong usaha-usaha Dr. Mahathir untuk mewujudkan perpaduan orang Melayu dan hubungan mereka adalah akrab. – MalaysiaGazette

Sebar suntingan video kaitkan Muhyiddin berniat jahat – Armada Johor

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast