KUALA LUMPUR – Harga runcit RON97 dan RON95 tanpa subsidi masing-masing turun sebanyak 3 dan 2 sen kepada RM3.24 dan RM2.62 seliter bagi tempoh 18 Disember 2025 hingga 24 Disember 2025.

Manakala harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia pula diturunkan 4 sen kepada RM3.02 seliter bagi tempoh sama.

Kementerian Kewangan berkata, penurunan harga tu seiring dengan perubahan harga pasaran minyak dunia.

Harga runcit petrol bersubsidi RON95 di bawah BUDI95 kekal pada RM1.99 seliter.

Sementara harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter.

Kementerian itu berkata, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast