Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus

KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang lelaki berusia 40 tahun bagi membantu siasatan kes amang seksual membabitkan seorang pelajar Sekolah Rendah Agama (SRA) di Wangsa Maju.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, suspek ditahan semalam selepas polis menerima maklumat berhubung kejadian berkenaan.

Menurut beliau, hasil siasatan awal mendapati suspek merupakan seorang tenaga pengajar di sekolah terbabit dan telah berkhidmat di institusi berkenaan sejak kira-kira 11 tahun lalu.

“Suspek telah dibawa ke mahkamah dan perintah reman selama enam hari bermula hari ini hingga 25 Disember diperoleh bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan,” katanya dalam kenyataan.

Semalam dilaporkan, polis menjalankan siasatan berhubung satu laporan amang seksual membabitkan seorang pelajar lelaki di sebuah SRA di Wangsa Maju.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Mohammad Lazim Ismail berkata,  laporan polis berhubung kejadian itu diterima pada jam 4.16 petang pada Selasa lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast