KUALA LUMPUR – Keputusan Mahkamah Tinggi yang mengekalkan Datuk Seri Najib Razak untuk menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang bagi kesalahan penyelewengan RM42 juta dana SRC International sudah boleh dijangkakan.
Disebabkan itu, Datuk Dr. Mohd Puad Zakarshi berkata, beliau tidak hadir ke mahkamah hari ini kerana tidak mengharap.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, ‘drama’ ini telah berlarutan dua tahun apabila titah adendum disorok.
Apatah lagi, katanya, keputusan oleh Mahkamah Rayuan dirayu oleh Peguam Negara (AG) yang juga adalah penasihat undang-undang kepada kerajaan.
“Siapa nasihat AG agar merayu?,” soal Puad.
Kata Puad, Hakim Alice Loke kata titah adendum dibuat di luar mesyuarat Lembaga Pengampunan tetapi kenapa pengampunan Datuk Seri Anwar Ibrahim dianggap sah walaupun AG dan Menteri Wilayah ketika itu belum dilantik.
Mengulas lanjut, Puad berkata, beliau akan ikut keputusan perwakilan di Perhimpunan Agung UMNO bermula 15.1.2026 tahun hadapan.
Tegasnya, keyakinan beliau tidak akan berubah dan meyakini hujah Tan Sri Abdul Rahman Sebli bahawa Najib tidak mendapat perbicaraan adil.
“Tunggu PAU 2026. Lebih baik, kita jaga kita,” tambahnya. – MalaysiaGazette
















