ETS
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengesahkan kerja-kerja baik pulih sistem elektrifikasi susulan kejadian pokok tumbang di KM268.795, laluan Sungkai – Slim River telah selesai sepenuhnya pada jam 10.05 pagi hari ini.

Susulan penyiapan kerja-kerja tersebut, operasi perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) telah kembali beroperasi seperti biasa dan pengoperasian laluan di antara Sungkai – Slim River telah dipulihkan sepenuhnya.

Walau bagaimanapun, KTMB menjangkakan kelewatan sementara bagi beberapa perjalanan ETS susulan proses pelarasan semula jadual dan pergerakan tren. Sehubungan itu, KTMB sedang melaksanakan tindakan pemulihan operasi bagi memastikan perkhidmatan kembali stabil, lancar dan mengikut jadual.

KTMB merakamkan penghargaan kepada para penumpang atas kesabaran dan kerjasama sepanjang tempoh gangguan operasi, serta memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami.

Untuk perkembangan lanjut akan dimaklumkan melalui saluran media sosial rasmi KTMB. Sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan KTMB di 03-9779 1200. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast