Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Penunggang motosikal maut dalam kemalangan jalan raya di Jalan Raja Nong, Taman Sentosa, Klang dekat sini kira-kira pukul 11.30 malam semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Ramli Kasa berkata, kemalangan berlaku apabila motosikal yang ditunggang mangsa dirempuh oleh sebuah kereta mewah BMW datang dari arah bertentangan.

“Pemandu BMW berwarna hitam telah melarikan diri sejurus kemalangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Ramli meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan itu tampil memberi bantuan bagi siasatan pihaknya.

Orang ramai boleh menghubungi Pengawai Penyiasat, Inspektor Ahmad Syahid Salahudin di talian 011-357 3557. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast