JOHOR BAHRU – Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) mengumumkan bahawa kutip zakat bagi tahun 2025 sudah mencecah RM430 juta.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, jumlah berkenaan telah melepasi sasaran RM423 juta yang disasarkan kali ini.
“Secara keseluruhannya, jumlah kutipan zakat kali ini telah melepasi sasaran awal sebanyak 44.3 peratus.
“Kita juga selalu tekanan agar agihan zakat dilaksanakan secara telus dan saksama agar setiap bantuan sampai kepada yang benar-benar memerlukan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan penyerahan sumbangan bantuan bagi proses pemindahan hati adik Anaqi Mikhael Mohamad Sharafi, 9, di Bilik Gerakan Tun Abdul Razak, Bangunan Sultan Ibrahim (BSI) di sini hari ini.- MalaysiaGazette
















