KUALA LUMPUR – Pekebun kecil di Sabah dan Sarawak layak menerima bayaran Insentif Pengeluaran Getah (IPG) pada 1 hingga 28 Februari 2026 berdasarkan pengeluaran getah pada bulan Januari 2026.
Lembaga Getah Malaysia berkata, harga purata peringkat ladang untuk cuplump di Sabah pada tempoh tersebut pada RM2.75 dan Sarawak RM2.70 sekilogram.
IPG akan diaktifkan sekiranya harga purata bulanan peringkat ladang bagi getah cuplump berada di paras RM3.00 sekilogram ke bawah.
Bagi Sabah, kadar IPG getah cuplump dan lateks teraktif ialah 25 sen sekilogram untuk 50 peratus kandungan getah kering (KGK) dan 50 sen sekilogram untuk 100 peratus KGK.
Sarawak pula, kadarnya ialah 30 sen sekilogram untuk 50 peratus KGK dan 60 sen sekilogram untuk 100 peratus KGK.
Manakala kadar IPG bagi lateks ialah 90 sen sekilogram bagi 100 peratus KGK.
IPG ini akan dibayar kepada pekebun kecil getah warganegara Malaysia yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. – MalaysiaGazette















