Tunku Mahkota Ismail bersama-sama delegasi dari Universiti Oxford selepas mengadakan pertemuan di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru, hari ini.

JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail terima mengadap delegasi dari Universiti Oxford, United Kingdom di Istana Pasir Pelangi di sini hari ini.

Pertemuan baginda dengan profesor-profesor dari universiti terkemuka dunia itu berlangsung selama satu jam.

Foto-foto pertemuan tersebut turut dimuat naik dalam Facebook HRH Crown Prince of Johor.

Dalam pertemuan tersebut, baginda menzahirkan rasa amat berpuas hati apabila jalinan kerjasama strategik bersama-sama Universiti Oxford berjaya melatih para penjawat awam negeri.

Selaras dengan pendekatan yang diterapkan sebelum ini, baginda menegaskan bahawa fokus utama pentadbiran negeri adalah terhadap aspek pendidikan, bukan sahaja untuk anak-anak Johor malah turut merangkumi para pegawai dan penjawat awam di Johor.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast