Sebahagian orang asli yang ditahan kerana disyaki menceroboh kawasan ladang milik Sultan Pahang di Rompin.

KUALA LUMPUR – Seramai 21 orang asli ditahan kerana menceroboh kawasan ladang milik Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah di Rompin, semalam.

Ketua Polis Daerah Rompin, Supritendan Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada empat lelaki dan 17 wanita berusia antara 26 hingga 60 tahun.

Menurutnya, polis menerima laporan kejadian itu daripada wakil syarikat yang dilantik untuk mengusahakan tanah milik baginda.

Kumpulan orang asli itu didakwa telah menceroboh dan merosakkan palang besi serta memotong buah kelapa sawit di kawasan ladang milik baginda seluas 718.281 hektar tanpa kebenaran.

Kes disiasat di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara boleh sampai enam bulan, atau denda tidak melebihi RM3,000, atau dengan kedua-duanya.

Jika sabit kesalahan dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara boleh sampai 2 tahun atau denda atau dengan kedua-duanya jika sabit kesalahan. Siasatan lanjut masih diteruskan.

Sharif Shai berkata, polis tidak akan berkompromi dengan aktiviti pencerobohan tanah . Mana-mana pihak perlu mempunyai geran pemilikan yang sah untuk mengusahakan tanah dan menasihati masyarakat supaya mematuhi peraturan dan undang-undang yang berkuat kuasa di negara itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast