Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan

KUALA LUMPUR – Seorang bekas pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)meluahkan rasa sedih terhadap hala tuju parti itu yang didakwanya gagal memberi tumpuan kepada isu-isu utama rakyat sebaliknya, lebih tertumpu kepada pengurusan akaun Facebook parti.

Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, beberapa isu penting termasuk isu rakyat, dakwaan melibatkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, isu berkaitan Perdana Menteri, Datuk seri Anwar Ibrahim serta dakwaan ‘jual negara’ tidak diperjuangkan secara bersungguh-sungguh oleh kepimpinan parti ketika ini.

“Saya sedih melihat apa yang berlaku dalam Bersatu. Isu rakyat tak disentuh. Isu Azam Baki tak dilawan. Isu Anwar Ibrahim tak disentuh. Isu jual negara tak dijuarai. Tapi akaun Facebook pula jadi tumpuan,” kata Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Wan Saiful yang pernah memegang jawatan Ketua Penerangan parti itu berkata, perkara seumpama itu tidak pernah berlaku sepanjang tempoh beliau bertanggungjawab menguruskan penerangan parti.

Beliau turut menyifatkan keadaan tersebut sebagai mencerminkan kualiti pegawai atasan yang dipilih oleh Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin.

“Malangnya, inilah kualiti pegawai atasan pilihan Muhyiddin. Inilah kualiti Bersatu hari ini,” ujarnya.

Dalam nada sinis, beliau turut mempersoalkan keupayaan parti itu mengurus hal dalaman apabila mendakwa pengurusan akaun media sosial pun gagal ditangani dengan baik.

“Kalau akaun Facebook pun tak boleh urus, tutup sajalah parti,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast