Datuk Seri Ahmad Samsuri

KUALA LUMPUR – Datuk Seri  Ir. Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menganggap pelantikannya sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang baharu sebagai satu tanggungjawab besar.

Naib Presiden Pas yang juga Menteri Besar Terengganu itu dilantik oleh PN hari ini bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meletakkan jawatan.

“Tanggungjawab baharu kepada saya ini amatlah besar, berat dan mencabar terutamanya dalam suasana pengharapan yang tinggi diberikan oleh pelbagai pihak dan rakyat kepada PN, untuk menjadi muafakat politik yang mampu membawa perubahan yang lebih baik kepada seluruh rakyat Malaysia pelbagai agama, bangsa, etnik dan latar belakang sosio ekonomi,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Ahmad Samsuri,  beliau akan berbincang dengan kepimpinan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PN untuk mengadakan mesyuarat MPT PN bagi menentukan pelantikan jawatan sebagaimana keperluannya dalam Perlembagaan PN.

“Apa yang perlu disegerakan pada saat ini ialah pengukuhan muafakat politik ini, melaksanakan penambahbaikan struktur dan gerak kerja yang mampu menjadikan PN sebagai nukleus harapan rakyat,” katanya.

Beliau turut merakamkan setinggi penghargaan kepada  Muhyiddin atas khidmat bakti sebagai Pengerusi PN dari mula penubuhannya, bersama seluruh kepimpinan MPT PN yang membina PN sebagai asas muafakat politik yang dapat bergerak cemerlang sehingga mampu memenangi kerusi yang besar dalam Piihan Raya ke 15 yang lalu. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Samsuri dilantik Pengerusi PN baharu

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast