Sumber : Kesultanan Pahang

KUANTAN – Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada waris lima sekeluarga yang meninggal dunia dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Dong, Raub awal pagi tadi.

Baginda berdua turut menzahirkan rasa dukacita di atas kejadian tersebut dan berharap agar seluruh ahli keluarga mangsa dikurniakan ketabahan dalam menghadapi ketentuan dan takdir Allah SWT.

“Baginda berdua turut mendoakan agar roh kesemua mangsa yang meninggal dunia di dalam bulan Ramadan yang mulia ini dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan hamba Allah yang dikasihi,” katanya menerusi kenyataan di Kesultanan Pahang.

Lima sekeluarga terdiri daripada suami isteri dikenali sebagai Mohd Allawi Mohammad, 57, dan Zaleha Ibrahim, 45, serta tiga anak mereka Ruby Batrisya, 17, Ruby Adlina Banin, 14, dan Ruby Azian Barizah, 9, dilaporkan meninggal dunia dalam kejadian kebakaran yang berlaku kira-kira 3.45 pagi tadi.

Kemusnahan struktur rumah tersebut dilaporkan adalah 100 peratus dan turut terbakar tiga buah kereta serta tiga buah motosikal. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

Lima sekeluarga maut dalam kebakaran rumah di Raub

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast