Mohd Shahar (tengah) menghadiri Majlis Berbuka Puasa PEKAP di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Semangat kebersamaan anak-anak Pahang di perantauan amat membanggakan dan telah dibuktikan melalui aktiviti Persatuan Kebajikan Anak-Anak Pahang Di Ibu Kota (PEKAP).

Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Mohd Shahar Abdullah berkata, Pahang hari ini semakin pesat membangun hasil kepimpinan cemerlang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

“Manfaat pembangunan ini dapat dirasai oleh seluruh rakyat Pahang, sama ada yang menetap di negeri sendiri mahupun di perantauan,” katanya semasa berucap mewakili Wan Rosdy pada Majlis Berbuka Puasa PEKAP di sini malam tadi.

Turut hadir Presiden PEKAP, Datuk Azman Shah Abdullah.

Shahar yang juga Ahli Parlimen Paya Besar juga berkata, Pahang akan terus mengekalkan prestasi ekonomi yang cemerlang dari tahun ke tahun.

Mohd Shahar (tengah) menghadiri Majlis Berbuka Puasa PEKAP di Kuala Lumpur semalam.

Menurut beliau, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencatat pertumbuhan 5.7% pada 2024 melepasi kadar nasional 5.1% dengan nilai ekonomi mencecah RM68.7 bilion didorong kestabilan politik dan pelaburan dalam sektor utama negeri.

Dalam pada itu, PEKAP turut merakamkan penghargaan kepada pihak Gulatis atas sumbangan 50 pasang pakaian Hari Raya kepada 50 asnaf PEKAP, selain menawarkan potongan harga 80% kepada ahli PEKAP.

Menurut Azman, saban tahun, dua agenda terbesar PEKAP ialah Majlis Iftar Ramadan dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri sebagai wadah mengeratkan silaturahim dalam kalangan ahli.

“Pada majlis ini saya mengucapkan terima kasih kepada kira-kira 600 ahli-ahli yang hadir walaupun hujan lebat dan ia bukti semangat ukhwah yang erat sesama kita,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast