Foto FB Liga Bolasepak Amatur.

KUALA LUMPUR – Liga Bolasepak Amatur (AFL) memberi kemenangan percuma kepada Kelantan WTS FC untuk meraih tiga mana ketika menentang Machan FC dalam aksi Liga A1 Semi-Pro, kelmarin.

Keputusan itu dibuat susulan kegagalan Machan FC menurunkan bilangan pemain yang mencukupi untuk memulakan perlawanan di Stadium Sultan Muhammad IV.

“Kelantan WTS FC diberikan kemenangan 3-0 di atas kegagalan Machan FC menurunkan bilangan pemain yang mencukupi untuk memulakan perlawanan.

“Sebarang tindakan lanjut dan hukuman tambahan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM),” menurut AFL dalam satu kenyataan di laman Facebook mereka di sini.

Kemenangan percuma itu menyaksikan Kelantan WTS mengumpul 40 mata dan berada di kedudukan keempat carta liga selepas mengharungi 22 perlawanan.

Berdasarkan rekod, pasukan UM Damansara pada Disember lalu juga pernah dilaporkan diberi kemenangan percuma selepas lawan mereka Seoul Phoenix tidak hadir.

Pasukan Perak FA pada Oktober lalu juga diberikan kemenangan percuma 3-0 bagi aksi menentang Malaysian University (MUFT) susulan isu membabitkan gelanggang perlawanan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast