Foto: FB Hamzah Zainudin

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin menegaskan kenaikan berterusan harga diesel akan menyebabkan kesan rantaian yang membebankan rakyat.

Menurut Ahli Parlimen Larut berkenaan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini meminta untuk rakyat faham ketika harga diesel dinaikkan sebanyak 80 sen minggi lalu.

Namun, hari ini, katanya, harga diesel naik lagi sebanyak 50 sen menjadikan harga semasa RM6.02 iaitu tertinggi dalam sejarah.

“YAB PM, paham-paham lah kenapa rakyat marah,” katanya menerusi laman sosial Facebook beliau malam ini.

Terdahulu, Kementerian Kewangan hari ini memaklumkan harga runcit diesel di Semenanjung meningkat sebanyak 50 sen kepada RM6.02 seliter, manakala harga di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter bagi tempoh 2 April hingga 8 April ini.

Kenaikan itu merupakan tertinggi dalam sejarah negara apabila buat pertama kalinya harga pasaran diesel melepasi RM6.

Menurut kementerian itu, krisis tenaga global yang masih berlarutan telah mendorong lonjakan harga minyak mentah Brent global melebihi 40 peratus, sehingga melepasi paras AS$100 setong.

Lebih kritikal, ujarnya, harga minyak yang diproses (refined product) bagi petrol dan diesel juga melambung tinggi masing-masing pada harga AS$150 setong dan AS$250 setong, sekali gus memberi tekanan kepada harga jualan runcit bagi kedua-dua produk berkenaan. – MalaysiaGazette

 

 

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Pembangkang ni faham ke tidak..sekarang ini seluruh dunia mengalami masalah yg sama..bukan PMX yg mengeluar dan memproses minyak..Cari lah cara yg lebih positif jika tidak baik diam

Comments are closed.