Gambar hiasan.

PUTRAJAYA — Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan langkah penjimatan tenaga di semua pejabatnya di seluruh negara selaras dengan arahan kerajaan.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk  Aedy Fadly Ramli berkata, langkah tersebut turut sejajar dengan pelaksanaan dasar berkaitan penjimatan tenaga dan pengoptimuman sumber dalam sektor awam.

Menurutnya, antara inisiatif yang akan dilaksanakan termasuk meningkatkan suhu pendingin hawa di premis pejabat serta mengurangkan penggunaan lampu di ruang tertentu.

“Langkah ini diambil bagi mengurangkan penggunaan tenaga elektrik serta menyokong usaha kerajaan dalam penjimatan kos,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perhimpunan Setia JPJ Edisi Mac 2026 di sini, hari ini.

Tambah beliau, JPJ juga akan menggalakkan penggunaan pakaian lebih santai seperti baju korporat dan batik bagi mengurangkan kebergantungan kepada penggunaan penghawa dingin secara maksimum.

Katanya, pelaksanaan langkah tersebut akan dibuat secara berperingkat dengan garis panduan lanjut akan dikeluarkan dalam masa terdekat. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast