Myakrishnan dan Sevendai yang maut dalam kemalangan di Jalan Johor Bahru-Seremban, Segamat, semalam.

SEGAMAT – “Tidak sangka akan hilang tiga ahli keluarga sekali gus hanya kira-kira 200 meter dari rumah kami di Taman Golden Hill, Gemas Baru di sini semalam”.

Itu reaksi R. Suganti, cucu kepada pasangan K. Myakrishnan, 71, dan S. Sevendai, 65, yang maut dalam kemalangan tiga kenderaan di Kilometer 212, Jalan Johor Bahru-Seremban di sini pukul 3.45 petang semalam.

Dalam insiden tersebut, pemandu van, S. Palamiandy, 77, yang merupakan abang Sevendai turut maut manakala dua cucunya, P. Hariharam, 22, dan P. Sugunya, 18, cedera parah dan kini dirawat di Hospital Segamat.

Menurut Suganti, perjalanan dari lokasi kemalangan ke rumah mereka hanya lima minit.

“Sebenarnya diorang mahu pusing ke taman dalam lima minit sahaja sudah sampai tapi tak sempat kerana van mereka kena langgar dari belakang, selepas itu kena langgar bahagian depan pula.

“Datuk, nenek dan datuk saudara meninggal, seorang adik saya masih kritikal, dikatakan harnya 10 peratus peluang untuk sembuh, abang saya patah kaki dan kena bedah,” katanya ketika ditemui hari ini.

Dalam kejadian semalam, sebuah treler dipandu lelaki berusia 28 itu melanggar belakang sebuah van berkenaan.

Akibat pelanggaran tersebut, van berkenaan hilang kawalan sebelum masuk laluan bertentangan dan melanggar bahagian hadapan sebuah lori.

Dalam kejadian tersebut, tiga mangsa terbabit cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua lagi yang cedera dibawa ke Hospital Segamat.

Suganti berkata, datuk dan neneknya tidak menunjukkan sebarang perubahan tingkah laku sebelum kejadian.

Dia berkata, semasa kejadian, lima sekeluarga itu dalam perjalanan pulang selepas berkunjung ke rumah saudara mereka di Batu Anam di sini.

Seorang sahabat Palamiandy sejak kecil yang hanya mahu dikenali sebagai Permal mengakui amat sedih dengan tragedi yang meragut rakan baiknya itu.

Dia yang bersekolah, membesar dan bekerja bersama-sama di sebuah estet sebelum ini mengakui mendiang seorang yang baik hati dan mesra dengan ramai orang.

“Kita semua kawan dari kecil. Keluarga dia semua kita campur, kita semua dari estet yang sama, biasanya ke mana pun termasuk pergi rumah orang kahwin kami bersama-sama,” katanya.

Difahamkan mayat mendiang Palamiandy dibawa ke kediamannya di Palong, Negeri Sembilan dan dijangka dibakar esok.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Pemandu treler lalok punca nahas ragut nyawa tiga beranak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast