SHAH ALAM – Dua pemilik syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini, atas tuduhan mengemukakan Letter of Award (LOA) palsu kepada pegawai Imigresen.
Berdasarkan pertuduhan, ibu tunggal Noor Hidayani Jailani, 41 tahun pada 22 Mei 2023 di Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Shah secara curangnya menggunakan dokumen atas nama syarikat Bina Utama Timur Sdn Bhd.
Manakala, warga emas Abdol Razak Nawab Din,69 berdepan dua pertuduhan menggunakan dokumen itu kepada pegawai Imigresen pada 11 Mei 2023.

Kedua-dua pemilik syarikat itu dituduh kesalahan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 KK.
Hakim, Awang Kerisnada Awang Mahmud kemudian menetapkan ikat jamin sebanyak RM5,000 kepada Noor Hidayani.
Manakala, Abdol Razak diperintah membayar ikat jamin RM7,000.
Terdahulu, kes tersebut dikendali oleh Timbalan Pendakwa Raya, Timbalan Pendakwa Raya, Muaz Ahmad Khairuddin.
Manakala, kedua-dua tertuduh diwakili oleh peguam yang sama, Datin Raj Preef Kaur.
Sebutan kes ditetapkan pada 5 Mei 2026.-MalaysiaGazette
















