KUALA LUMPUR – Usaha memerangi rasuah memerlukan sokongan semua pihak termasuk rakyat dan media, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki.
Beliau berkata, perjuangan menentang rasuah tidak boleh digalas oleh kerajaan atau agensi penguat kuasa sahaja sebaliknya memerlukan kerjasama menyeluruh daripada seluruh masyarakat.
“Rasuah tidak akan boleh dikalahkan oleh kerajaan sahaja, sebaliknya memerlukan sokongan daripada semua pihak termasuk rakyat dan media yang akan menyampaikan maklumat yang sebenar kepada masyarakat,” katanya ketika berucap pada Malam Anugerah Media SPRM Kali Ke-6 di sini hari ini.
Menurut Azam, usaha memerangi rasuah turut berdepan cabaran besar daripada segi persepsi masyarakat terhadap inisiatif yang dilaksanakan SPRM.
“Sebahagian pihak mungkin tidak memahami inisiatif yang telah dilakukan atau maklumat yang disampaikan terlalu negatif sehingga mewujudkan persepsi yang tidak tepat kepada rakyat,” katanya.
Azam berkata, peranan media amat penting dalam memastikan masyarakat menerima maklumat yang sahih dan seimbang mengenai usaha pembanterasan rasuah.
“Perjuangan memerangi rasuah adalah perjuangan untuk memulihkan kepercayaan rakyat, dan kerjasama antara SPRM dan media amat penting bagi memastikan masyarakat mendapat maklumat yang tepat,” katanya.
Beliau menegaskan, laporan media yang berimbang mampu menjadi pemangkin perubahan positif dalam masyarakat serta meningkatkan kesedaran awam terhadap bahaya rasuah.
“Usaha memerangi rasuah bukanlah tanggungjawab satu pihak sahaja, tetapi perjuangan bersama seluruh masyarakat,” katanya.
Sehubungan itu, beliau berharap kerjasama erat antara SPRM, media dan semua pihak akan terus diperkukuh bagi memastikan usaha membanteras rasuah dapat dilaksanakan secara lebih berkesan pada masa hadapan.
Dalam pada itu, Azam berkata, usaha memerangi rasuah di negara ini bukan sahaja berdepan cabaran penguatkuasaan, malah turut melibatkan perang persepsi dalam kalangan masyarakat.
Beliau berkata, terdapat pihak yang masih tidak memahami sepenuhnya inisiatif yang dilaksanakan oleh SPRM sekaligus menjejaskan keyakinan rakyat terhadap usaha pembanterasan rasuah.
“Sebahagian pihak mungkin tidak memahami inisiatif yang telah dilakukan atau maklumat yang disampaikan terlalu negatif sehingga mewujudkan persepsi yang tidak tepat kepada rakyat,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menegaskan, peranan media amat penting dalam memastikan maklumat yang tepat dan seimbang dapat disampaikan kepada masyarakat bagi membantu memperkukuh kepercayaan terhadap usaha memerangi rasuah. – MalaysiaGazette
















