Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Mahfodz Mohamed
Datuk Dr Mahfodz Mohamed.

MUAR – Pas menyasarkan untuk merampas kerusi Parlimen Muar daripada Ahli Parlimennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) akan datang.

Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, pihaknya juga nekad mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor nanti.

“Kesiapsiagaan jentera parti kini diperkukuh lebih awal sebagai persediaan menghadapi persaingan politik yang dijangka lebih sengit di negeri ini.

“Kita nak rampas Parlimen Muar yang sedang bercengkerama dan berendut dengan Bella Astilla,” katanya ketika berucap dalam Program Ceramah Perdana Perikatan Nasional (PN) Johor di Pusat Komuniti Pas Muar, Parit Tarom, di sini malam tadi.

Program itu dirasmikan Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang turut menyempurnakan pelancaran jentera pilihan raya Pas Johor.

Hadir sama, Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal dan Ketua Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Johor, Nornekman Osman. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast