Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menyambung merakam percakapan seorang penganalisis politik yang juga merupakan saksi membabitkan siasatan berhubung sebuah projek semikonduktor yang dibiayai kerajaan bernilai kira-kira RM1.1 bilion.

Menurut sumber, saksi yang juga merupakan bekas Pegawai Tugas-Tugas Khas (Dasar) Menteri di sebuah kementerian hadir di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya untuk hari kedua bagi menyambung memberi maklumat dan membantu siasatan kes berkenaan.

“Saksi tiba di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada pukul 10 pagi tadi dan beliau hadir bagi hari kedua untuk dirakam percakapan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan, Datuk Mohd Hafaz Nazar ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut dan berkata, saksi telah dilepaskan pada pukul 6.45 petang tadi dan akan disambung lagi untuk hari ketiga, esok pukul 10 pagi. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast