Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari
Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari

KUALA LUMPUR – Sudah tiba masanya kerajaan memansuhkan peruntukan sebanyak RM3.8 juta untuk setiap Ahli Parlimen kerajaan.

Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, pemansuhan peruntukan itu dapat menjimatkan hampir setengah bilion ringgit.

“Salurkan peruntukan itu melalui agensi kerajaan seperti mana yang kerajaan dakwa ia dilaksanakan di parlimen yang diwakili oleh MP Pembangkang,” kata Ahli Parlimen Pasir Mas itu menerusi hantaran di Facebook.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada kenyataan Kementerian Kewangan (MOF) semalam yang mencadangkan pengurangan perbelanjaan operasi berjumlah RM5.4 bilion membabitkan sektor kesihatan dan pendidikan tinggi.

MOF berkata, ia sebagai sebahagian usaha mengukuhkan kedudukan fiskal negara.

Kementerian itu berkata, cadangan itu dilaporkan dibuat susulan keperluan menyemak semula perbelanjaan kerajaan, khususnya ketika beban subsidi dijangka meningkat dan memberi tekanan kepada kewangan negara.

Sementara itu, MOF dalam satu kenyataan berasingan mengesahkan panduan dikeluarkan kepada kementerian, jabatan dan agensi untuk menyusun semula keutamaan perbelanjaan mengurus selaras dengan cabaran krisis bekalan global serta tanggungan subsidi yang meningkat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast