JOHOR BAHRU – Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Amira Aisya Abd Aziz bertemu dengan bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad di ibu negara kira-kira pukul 5 petang tadi.
Pertemuan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa itu secara empat mata dengan bekas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam itu menimbulkan persoalan dan persepsi politik.
Walaupun tidak dimaklumkan tujuan pertemuan tersebut, foto mereka dimuat naik dalam Instagram Amira Aisya.
Pertemuan tersebut menarik perhatian dalam keadaan khabar angin Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Pilihan Raya Umum ke-16 bertiup kencang serta menjadi polimik kebelakangan ini.
Ia termasuk kerjasama rentas gabungan politik dan penubuhan parti baharu yang dikaitkan dengan bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli iaitu pemimpin parti itu yang bersama-sama tidak lagi berada dalam kepimpinan PKR.- MalaysiaGazette
















