Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara Malaysia (PJPNM) hari ini mempersoalkan perjanjian yang dibuat di antara Malaysia dengan Jepun berkaitan penghantaran tiga ekor gajah Asia milik Zoo Taiping, baru-baru ini.
Pengerusinya, Syed Muhammad Imran Syed Abdul Aziz berkata perjanjian tersebut tempoh keberadaan gajah yang dikenali sebagai Dara, Amoi dan Kelat (DAK) di Zoo Tennoji Japan iaitu 25 tahun adalah lama dan perlu dijelaskan sebabnya.















