Foto Facebook PAC Omonia.

KUALA LUMPUR – Penyerang muda Harimau Malaya, Fergus Tierney mengembangka kariernya di Eropah apabila sah menyertai kelab Cyprus, PAC Omonia menjelang musim baharu.

Perkembangan itu diumumkan oleh PAC Omonia di Facebook kelab itu di sini menerusi satu kenyataan rasmi.

“Persatuan kami mengumumkan permulaan kerjasama dengan pemain bola sepak, Fergus Tierney.

“Pemain antarabangsa Malaysia yang dilahirkan pada 19 Mac 2003 itu mampu beraksi di posisi penyerang dan bahagian bawah serangan.

“Kami mengalu-alukan kehadiran Fergus ke dalam keluarga besar OMONOIA dan mendoakan kejayaan buatnya bersama,” kata kelab yang memulakan kerjasama dengan pemain antarabangsa Malaysia berusia 22 tahun itu.

PAC Omonia bakal beraksi dalam divisyen utama Cyprus musim depan selepas berjaya memperoleh promosi dengan menamatkan saingan di tangga ketiga liga divisyen dua musim lalu.

Perpindahan itu dilihat sebagai satu lagi langkah penting dalam perkembangan karier Tierney yang kini berusaha memantapkan diri di pentas lebih kompetitif selepas beberapa musim beraksi di Liga Malaysia.

Pemain berdarah campuran Malaysia-Scotland itu sebelum ini dipinjamkan Johor Darul Ta’zim (JDT) kepada Sabah FC bagi musim lalu dan berjaya mengumpul pengalaman berharga bersama skuad The Rhinos. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast