Amira Aisya Abdul Aziz

JOHOR BAHRU – Johor yang bersih daripada najis politik perlu menjadi motif utama semua pengundi strategik dalam Pengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Amira Aisya Abd Aziz berkata, pemikiran undi strategik untuk terus mengundi pilihan lama mereka akan membuatkan negeri dan negara ini terus dicemari dengan kekotoran politik.

“Jadilah pengundi yang mahukan Johor yang bersih. Saya tahu orang-orang Johor setiap kali saya pergi turun. Mereka kata we have to be strategic with our votes.

“Disebabkan pemikiran undi strategik itulah politik dinosaur kekal berkuasa dalam negara kita. Jangan jadi pengundi strategik tapi jadilah pengundi yang fikirkan Malaysia.

“Jadilah pengundi yang mahu pastikan anak-anak dan cucu-cucu tuan-tuan dan puan-puan dapat kerja yang bermaruah,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pembaharuan itu nanti akan membolehkan rakyat mendapat gaji yang sepadan dengan kos sara hidup dan tidak akan bergelut dengan banjir.

“Tak payah risau tentang harga rumah tak payah fikir ada kereta ataupun tidak. Jadilah pengundi yang mahukan Johor yang bersih,” katanya.

Dakwanya, jika masih menjadi pengundi strategik sampai bila-bila pun Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) akan ‘selesa’.

“Sampai bila-bila pun mereka tak akan ubah rentak mereka. Sampai bila-bila pun mereka rasa tak apalah kita kaut duit orang akan undi kita.

“Yang rugi adalah anak-anak cucu-cucu dan depan Bangsa Johor. Yang rugi adalah politik dalam negara kita yang akan sentiasa bergelumang dengan najis korupsi,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast