Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim, kini menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) selepas dilaporkan hampir pitam ketika berada di Dewan Rakyat.
Susulan kejadian itu, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengingatkan semua Ahli Parlimen supaya tidak mengabaikan kesihatan dan menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala. Beliau berkata, program pemeriksaan kesihatan yang dilaksanakan sejak 2023 membantu mengesan masalah kesihatan pada peringkat awal, sekali gus membolehkan rawatan dan langkah pencegahan diambil lebih awal.















