Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki tempatan ditahan polis bagi membantu siastaan berhubung kes ugutan tembak terhadap seorang pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Pelabuhan Klang.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Lim Jit Huey berkata lelaki berusia 46 tahun itu ditahan semalam selepas laporan dibuat mangsa yang merupakan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran AKPS pada hari sama.

“Semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod lampau dan kes ini masih dalam tindakan melengkapkan siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

ARTIKEL BERKAITAN

https://malaysiagazette.com/2026/07/14/pegawai-akps-pelabuhan-klang-terima-ugutan-tembak-ketika-bertugas/

https://malaysiagazette.com/2026/07/15/tidak-puas-hati-ketika-pemeriksaan-cetus-ugutan-tembak-pegawai-akps/

Semalam, media melaporkan seorang pegawai penguat kuasa AKPS Pelabuhan Klang menerima ugutan tembak ketika sedang melaksanakan tugas rasmi.

Komander AKPS Pelabuhan Klang Datuk Nik Ezanee Mohd Faisal berkata laporan terhadap suspek yang dipercayai merupakan seorang ejen sebuah syarikat telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast