Perselisihan pandangan antara kepimpinan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) sudah dijangka berlaku, kata Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin susulan kenyataan bercanggah berhubung hubungan politik kedua-dua pihak.
Beliau mendakwa penafian Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan bahawa BN dan PN bukan satu gabungan menunjukkan wujud perbezaan pendirian yang didorong kepentingan politik masing-masing, berbanding memberi tumpuan kepada isu ekonomi dan kebajikan rakyat.
#malaysiagazette #PRNNegeriSembilan #N9memilih #PRNNegeriSembilan2026 #UndiN9















