Polis Di Raja Malaysia (PDRM).

KUALA LUMPUR – Polis Perak menahan lima individu termasuk seorang penjaga rumah jagaan susulan kematian seorang penghuni lelaki di Tanjung Rambutan, di Perak semalam.

Mangsa yang berusia 54 tahun dilaporkan meninggal dunia oleh petugas Klinik Kesihatan Tanjung Rambutan kira-kira pukul 2.00 petang.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Alwi Zainal Abidin berkata, hasil pemeriksaan awal polis mendapati ada beberapa kesan kecederaan pada tubuh mangsa.

“Polis sedang menyiasat lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian serta peranan setiap individu yang terbabit.

“Bedah siasat akan dijalankan bagi menentukan punca sebenar kematian. Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd. Alwi berkata, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih berhubung kes itu kerana boleh menjejaskan siasatan polis. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast